Arkib
All posts for the month November 2015
BEIJING: Around three million extra babies will be born each year after Beijing abolished its hugely controversial “one child” policy to allow all couples to have two offspring, officials said yesterday. Decades of strict, sometimes brutal enforcement left the world’s largest population – 1.37 billion – ageing rapidly and with a shrinking workforce that has heightened the challenges of slowing economic growth. The rule change will allow 90 million more Chinese women a second child, Wang Pei’an, a vice-minister of the National Health and Family Planning Commission, said. – AFP
In our laboratory, we routinely test 16 genetic markers that are known for being highly differential between individuals. A DNA paternity test compares the sizes of these markers between an alleged father and a child. Each DNA marker contains two alleles, one inherited from the biological mother and the other from the biological father. The DNA test finds out whether there is at least one match out of the two alleles on the same marker from the alleged parent’s and child’s DNA. The following table shows partial results of a paternity test. The numbers in blue indicate alleles that the child inherited from the alleged father.
DNA Marker | Mother | Child | Alleged Father |
D21S11 | 28, 30 | 28, 31 | 29, 31 |
D7S820 | 9, 10 | 10, 11 | 11, 12 |
TH01 | 14, 15 | 14, 16 | 15, 16 |
D13S317 | 7, 8 | 7, 9 | 8, 9 |
D19S433 | 14, 16.2 | 14, 15 | 15, 17 |
The partial results indicate that the child and the alleged father’s DNA match among these five markers. The complete test results show this correlation on 16 markers between the child and the tested man to draw a conclusion of whether or not the man is the biological father.
Scientifically, each marker is assigned with a Paternity Index (PI), which is a statistical measure of how powerfully a match at a particular marker indicates paternity. The PI of each marker is multiplied with each other to generate the Combined Paternity Index (CPI), which indicates the overall probability of an individual being the biological father of the tested child relative to any random man from the entire population of the same race. The CPI is then converted into a Probability of Paternity showing the degree of relatedness between the alleged father and child.
Our laboratory always achieves a 0% probability of paternity if the tested man is not the biological father and at least 99.9% probability of paternity if the tested man is the biological father. Both results are conclusive to prove or disprove paternity.
The chain-of-custody testing results issued by our laboratory include the following information:
- All tested parties’ names as shown on their IDs presented at specimen collection
- Listing of each tested party’s individual DNA profile
- A Combined Paternity Index
- A Probability of Paternity
- A statement of conclusion
- Copy of chain-of-custody documents including clients’ IDs, consent forms, and photos.
Every report is signed out by our M.D. laboratory director.
In other family relationship DNA tests, all tested parties’ genetic profiles are generated and compared to see the probability of relatedness.
If you have any questions about your DNA testing results, please call our knowledgeable case managers at 1-800-914-1002. They will be happy to explain the results to you.
PENJELASAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BERKENAAN E-CIGARETTE DAN CECAIR NIKOTIN E-CIGARETTE
1. Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan e-cigarette, adalah didapati ramai yang masih dan terus menggunakan e-cigarette, apakah tindakan susulan pihak Kementerian?
Jawapan : Kementerian Kesihatan akan mengawal pengedaran dan penjualan e-cigarette khasnya cecair nikotin e-cigarette dengan menggunakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.
Nikotin adalah merupakan bahan racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan untuk rokok atau produk tembakau. Penjualan produk nikotin hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar. Mana-mana orang selain daripada mereka yang disebut di atas yang menjual cecair nikotin e-cigarette adalah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Akta yang sama.
Pada masa yang sama, pengedaran dan pembekalan cecair nikotin e-cigarette memerlukan pendaftaran dan kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Mana-mana orang yang mengedar atau membekalkan cecair nikotin e-cigarette tanpa kelulusan adalah melakukan satu kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM 25,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Peraturan yang sama.
2. Sehingga kini, adakah sebarang penguatkuasaan diadakan pihak Kementerian terhadap pengedar cecair nikotin dan e-cigarette?
Jawapan : Setakat ini Kementerian Kesihatan BELUM ADA menjalankan tindakan penguatkuasaan secara besar-besaran terhadap pengedar dan penjual cecair nikotin dan e-cigarette. Walaubagaimana pun, selaras dengan kenyataan akhbar Menteri Kesihatan mengenai bahaya penggunaan e-cigarette dan cecair nikotin e-cigarette serta keperluan di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984, orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak menjual e-cigarette khasnya cecair nikotin e-cigarette serta mendapatkan kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum terlibat dengan aktiviti pengedaran dan penjualan e-cigarette.
3. Sehingga kini, adakah sebarang penyakit kronik disebabkan penggunaan e-cigarette dilaporkan di Malaysia?
Jawapan : Setakat ini, Kementerian Kesihatan belum ada menerima laporan penyakit yang disebabkan oleh penggunaan e-cigarette di Malaysia. Walau bagaimana pun, oleh kerana keselamatan penggunaan e-cigarette belum lagi disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan cecair e-cigarette yang didapati mengandungi nikotin, adalah dijangkakan pengguna e-cigarette juga mengalami risiko-risiko kesihatan sama seperti perokok kerana nikotin boleh menyebabkan penyakit jantung dan penyakit saluran darah selain daripada keracunan akut sekiranya melebihi dos nikotin. Kajian juga menunjukkan nikotin boleh menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser dan wanita mengandung yang menggunakan nikotin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi yang mengalami kecacatan kelahiran berbanding dengan wanita yang bukan perokok.
4. Dari manakah pengedar cecair nikotin ini mendapatkan bekalan walaupun bahan itu merupakan bahan kawalan?
Jawapan : Pengimport dan pengedar e-cigarette tidak mengisytiharkan cecair nikotin e-cigarette sebagai produk nikotin atau mengisytiharkannya sebagai barangan elektronik atau bercampur aduk dengan barangan lain dan tidak mengisytiharkannya semasa membawa masuk e-cigarette dan cecair e-cigarette ke Malaysia.
5. e-Cigarette dilihat sebagai alternatif terbaik di kalangan pengguna untuk membuang tabiat merokok berbanding niko patch dan gula-gula nikotin yang disyorkan Kerajaan, apakah komen dari pihak Kementerian?
Jawapan : Kementerian Kesihatan Malaysia merujuk kepada nasihat teknikal daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai produk e-cigarette (WHO Technical Report Series, no. 955 dihttp://www.who.int/tobacco/publications/prod_regulation/trs_955/en/) yang menunjukkan bahawa kegunaan dan keberkesanan e-cigarette sebagai alat bantuan berhenti merokok masih belum disahkan, manakala keselamatan cecair nikotin e-cigarette adalah meragukan. Selain daripada tahap kepekatan cecair nikotin yang tidak mengikut tahap yang dilabelkan, ada juga cecair e-cigarette yang dilabelkan sebagai kosong (0 mg) nikotin telah didapati mengandungi nikotin, kajian US Food And Drug Administration (USFDA) pada tahun 2009 telah menunjukkan cecair e-cigarette turut dikesan mengandungi bahan-bahan kimia merbahaya seperti diethylene glycol yang beracun dan nitrosamine yang boleh menyebabkan kanser. Pengambilan nikotin yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan akut manakala WHO juga memberi amaran bahawa kemasukkan nikotin terus ke dalam paru-paru berkemungkinan boleh menyebabkan kesan keracunan dan ketagihan yang lebih memudaratkan.
Berpandukan nasihat teknikal daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan penemuan hasil kajian yang menunjukkan bahaya cecair nikotin e-cigarette, setakat ini, Kementerian Kesihatan tidak memperakui e-cigarette sebagai alat bantuan berhenti rokok dan tidak menggalakkan orang ramai menggunakan e-cigarette.
6. Apakah yang patut dibuat oleh pengedar e-cigeratte untuk produk mereka berdaftar di Malaysia. Berapakah produk yang telah didaftarkan?
Jawapan : Pengedar e-cigarette perlu memohon kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pendaftaran dan kelulusan produk e-cigarette mereka dan memenuhi semua prosedur untuk pengesahan keselamatan produk tersebut sama seperti pendaftaran untuk bahan racun dan ubatan.
Setakat ini TIADA e-cigarette yang telah mendapat pendaftaran dan
kelulusan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan kerana keselamatan produk tersebut tidak dapat dijamin.
7. Untuk cecair nikotin, berapakah tindakan yang telah diambil?
Jawapan : Setakat ini Kementerian Kesihatan BELUM mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap e-cigarette dan cecair nikotin e-cigarette. Kementerian Kesihatan sedang memantau keselamatan produk e-cigarette dan penggunaannya serta mengkaji undang-undang yang berkaitan dan tindakan yang bakal diambil oleh Kementerian Kesihatan terhadap e-cigarette. Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan produk e-cigarette dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar sekiranya produk e-cigarette tersebut telah memenuhi semua keperluan pengesahan keselamatan penggunaannya serta didaftarkan dengan Biro Pengawalan Farmasi Kebangsaan.
8. Apakah nasihat Kementerian Kesihatan kepada orang ramai mengenai e-cigarette?
Jawapan : Kementerian Kesihatan mengambil berat terhadap kesihatan semua Warganegara termasuk para perokok. Kementerian kesihatan ingin memastikan produk e-cigarette yang dijual di pasaran adalah selamat untuk digunakan. Sehubungan itu, mana-mana orang yang ingin membekal, mengedar atau menjual e-cigarette perlu memohon kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan pendaftaran dan kelulusan produk e-cigarette mereka sebelum terlibat dengan aktiviti pengedaran atau penjualan e-cigarette. Kementerian Kesihatan Malaysia juga menasihati orang ramai agar tidak menggunakan produk e-cigarette kerana keselamatan e-cigarette belum disahkan.