Kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein,
1 Bekas tentera yang menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi kelonggaran kenaikan pangkat lebih awal dan tempoh latihan singkat untuk menarik lebih ramai mereka menyertai pasukan polis.
2. Tempoh latihan dipendekkan kepada hanya tiga bulan berbanding pelatih lain enam hingga sembilan bulan,
KOMEN : Setuju latihan dipendekkan kerana mereka pun telah terlatih.Tetapi latihan enam bulan pelatih baru adalah juga termasuk mempelajari undang-undang. Bolehkah bekas tentera ini memahaminya dengan latihan tiga bulan ? Menakjubkan
3 Manakala bekas tentera berpangkat sarjan layak diberi kenaikan pangkat daripada konstabel kepada sarjan selepas disahkan jawatan dan lulus peperiksaan khas undang-undang rendah jabatan PDRM.
KOMEN :Tidak ber Setuju kenaikan pangkat lebih awal untuk bekas Sarjan .Pangkat dalam Polis tidak sama pangkat dalam tentera Seseorang itu perlu mepunyai pengalaman bekerja di samping kelulusan yang Kerajaan juga menetapkannya. Kerajaan juga membuat pemakaian pangkat Sarjan secara perlantik kepada mereka yang mempunyai diploma. Bekas sarjan tentera apa kelulusan ? Jangan dipermudahkan proses semata-mata atas desakan politik. Kenasikan pangkat dalam tentera untuk Lain-Lain pangkat boleh di buat ala Field Promotion, Pangkat mereka juga boleh dilucutkan oleh Pegawai Pemerintah mereka. Polis tidak boleh buat sesuka hati. Kalau dilaksana juga Maka ada tiga sarjan dalam PDRM. 1. Sarjan dilantik terus atas tiket kelulusan, 2.Sarjan veteran naik pangkat dan 3. Sarjan yang baru disahkan jawatan dari bekas tentera.
4. Tidak mungkin pegawai rendah PDRM bersetuju, mungkin mereka setuju atas sebab-sebab tertentu. Betulke ?