Isu lesen judi ini belum selesai lagi walaupun Piala Dunia 2010 akan bermula esok ( 11 Jun 2010 2200 H South Afrika Vs Mexico – di Soccer City, Johannesburg SA) ( Tiket tempat duduk the tarik sudah saya tempah – Maju Jaya ). PM ada kata lesen belum diluluskan ( kata orang ahli Politik ) Sama-sama lah kita tunggu keputusan
2. POLIS Di samping itu mengikut penulis Zakaria Bidin ( lesong Batu – LB http://www.freewebs.com/lesungbatu/judibola.htm ) Pasukan Polis telah awal-awal lagi menyediakan Pasukan Khas (PK) bagi menangi isu ini PK ditubuhkan sehingga di peringkat daerah. Entah berapa ribu Peg / Ang akan di gunakan. Sekali gus sejumlah yang sama akan dikeluarkan dari tugas yang di kehendaki rakyat. Rakyat berkehendakkan lebih ramai polis menjalankan tugas mencegah jenayah membenteras jenayah kekerasan – ragut, rompak, samun, rogol, culik dan samun, terhadap harta benda. Polis sepatutnya lebih matang membuat pilihan.
3. POLIS – Sebaliknya PK ini digunakan untuk menangi judi tanpa lesen. Saolah-olah judi ini satu keselahan yang besar dan rakyat khuatirkannya. Rakyat tak khuatir jika penjudi buat apa mereka suka. Rakyat mahu pencegahan jenayah yang mungkin rakyat tak berdosa menjadi mangsa. PK diguna, dipergunakan untuk menangkap taukeh judi haram. Dengan berbuat demikian pejudi akan berjudi dengan yang berlesen. Maka taukeeh judi berlesen pun kaya la. Berbilion untungnya. Tahukah apa taukeh judi berlesen akan buat dengan keuntungan yang begitu besar ?
Mengeluarkaan lessen judi Secara begini akan memberi keuntungan pada segelumpok orang sahaja akan mengaut keuntungan. Dengan cara haram. Lebih ramai taukeh judi akan hidup.
4. LESEN kalau hendak dikeluarkan biarlah adil. Bagi lesen setiap Negari satu lesen. Baru adil. Kenapa hendak memberi kepada seorang? Sungguhpun judi tidak disukai semua agama, jangan di Malaysia amlanya di monopolikan kepada seseorang atas apa sahaja alasan
5. Judi jenis ini mudah dikendalikan di semua premises ala ‘ Café ‘. Pihak polis membuat serbuan dan tangkapan. Selepas itu Ianya bergiat semula selepas di serbu. Apa PBT buat ? Bagi lesen ? Lepas itu diam. Polis juga bertindak. Kenapa tidak soal PBT apa tindakan mereka buat, lesen yang mereka keluarkan tidak dipatuhi, ataupun mereka tidak nampak, dengar seperti pegawai kerajaan ( Cuepacs ) tanah di gondolkan di Cameron Highlanfs ? Kenapa Cuepacs tidak bersuara keatas kecekapan ahlinya menjalankan tugas. Jangan asyik nak minta naik gaji / bonus / cuti yang sangat kuat di salakkan.
6. Orang Islam yang sangat heboh itu pasal apa. Lesen dikeluarkan untuk judi. Orang Islam diharamkan bermain judi. Islam yang sejati biarlah orang lain yang main. Bukan duit anda. Surah Al Maidah ayat ke .. telah terang. Ianya melarang untuk orang Islam yang beriman sahaja. Yang lain boleh. Biarlah agama lain menguruskan hal mereka.
7. KUTIPAN HASIL CUKAI dari judi. Saya tidak faham, adakah ianya dipisahkan dari hasil yang lain. Data jumlah hasil cukai judi dapat dimonitorkan. Jangan gunakan sejumlah ini untuk membantu rakyat jika ianya melibatkan orang Islam. Gunakan untuk membantu agma bukan Islam.
8. HAL ORANG ISLAM BEKERJA / mentadbir kegiatan judi , itu mata pencarian mereka untuk mendapat bayaran sejumlah itu. Adalah Jabatan Islam boleh memberi mereka gaji sebanyak itu. Hukum mereka di situ , sedemikian kita minta Persatu Ulamak Malaysia memberi fatwa. Jangan Mufti perseorangan membuat fatwa. Ini kerana fatwa mufti ia akan berbeza antara satu mufti dengan yang lain. Mereka sekolah lain-lain. Entahlah. Agama Islam satu sahaja.